Sunday, June 26, 2011

PERJUMPAAN DAN ANUGERAH RAMBU

TARIKH :25 JUN 2011
TEMPAT : TMN GAJET
MASA : 0800 - 1100

AKTIVITI;
-PERSEDIAAN PERKHEMAHAN LENCANA MAJU
-BACKWOOD COOKING
-ORIENTEERING
-SIMPULAN & IKATAN
-ANUGERAH RAMBU HIJAU
(LAIN-LAIN GAMBAR... DLM PICASA)

Tuesday, June 21, 2011

PENDAKIAN GUNUNG TEBU TERENGGANU


TARIKH :3-5 JUN 2011
TEMPAT : GUNUNG TEBU, BESUT, TERENGGANU

3JUN
JAM 2200, kami berkumpul di Stesen bas Greenwood untuk menaiki bas ekspress ke Kuala Terengganu. Setelah hampir 2 jam, baru bas bertolak (hampess toll),

4JUN
Jam 0630, bas berhenti tepat di stesen bas Kuala Terengganu, pemimpin kami sudah bersedia menanti dan menyambut ketibaan kami. Selepas solat subuh di Masjid Putih, kami terus bergerak ke Jabi, Besut.
Jam 0930, tiba di Lata Belantan, kaki gunung, selepas mendaftar dan bayar permit (RM5) dan membuat persediaan terakhir, kami mula bergerak mendaki,....berita/nasib malang..kami sesattt.... selepas 1 jam baru kami menjumpai jalan untuk ke puncak.
.......sesatttt......jalan mana nak kami tuju....

Jam1630, setelah berkali-kali berhenti kerana kepenatan, akhirnya berjaya sampai dipuncak GUNUNG TEBU. kami membuat keputusan untuk bermalam dibawah batu madrasah sahaja memandangkan hanya kami sahaja yang ada di puncak ketika itu. satu lagi cabaran bagi para pendaki ialah untuk mengambil air yang berada lebih kurang 30 minit dari puncak gunung.

5JUN
Seawal jam 0600 dah bangun dah.. solat jangan lupa walau di mana kita berada. selepas sarapan, keringkan pakaian (semalam hujan) berkemas untuk turun. Jam 1000, kami memulakan langkah yang agak longlai turun dari puncak gunung, rasa syahdu pulak rasanya, tidak pasti bila lagi kita akan bertemu. Jam 1320 tiba di lata belantan, maka berakhirlah xpdc kami di Gunung Tebu, selepas ini kami akan bersantai di Kuala Terengganu sebelum pulang ke KL pada esok
hari.

(cam biase le lain-lain gambar dalam picasa le yea...)