Saturday, August 13, 2011

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

Kursus ini telah dijalankan di SMK Hillcrest, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal pengakap raja 2012.








SKUARD KAWAD KAKI PEREMPUAN




(PERINGKAT NEGERI:- NO 3)

MAJLIS BERBUKA PUASA 2011


Majlis berbuka puasa telah diadakan dengan jayanya pada hari semalam, Jumaat (12 Ogos 2011).
Majlis pada tahun ini sangat meriah dengan kehadiran ahli-ahli pengakap yang sememangnya bersemangat walaupun aktiviti dijalankan di bulan puasa.
antara juadah yang disediakan secara gotong-royong

sebelum menjamu selera, semua ahli menunaikan solah maghrib secara berjemaah
masa yang ditunggu-tunggu....

(lain2 gambar, dlm picasa)

Saturday, August 6, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA G26 AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

HARI : JUMAAT
TARIKH :12 OGOS
TEMPAT: SMK HILLCREST

SILA BERJUMPA MT UNTUK PENGESAHAN KAHADIRAN.

Tuesday, July 26, 2011

PERKHEMAHAN LENCANA MAJU 2011


Perkhemahan lencana Maju Pasukan 26 Gombak telah diadakan pada 22-24 Julai 2011. Pada kali ini seramai 40 ahli terlibat. terdapat kelainan sedikit dalam Perkhemahan kali iaitu, pengembaraan diadakan pada waktu petang dan berakhir lewat malam. Pengisian semasa pengembaraan mengelilingi Taman Seri Gombak, selain daripada terdapat beberapa stesen yang bertujuan untuk pembelajaran, samada simpulan, ikatan, anduh dan sebagainya. terdapat juga aktiviti kemasyarakatan iaitu kesemua peserta perkhemahan membuat khidmat masyarakat membersihkan kawasan persekitaran masjid di Taman Seri Gombak.
Kesimpulan daripada perkhemahan ini, semua peserta mendapat banyak input baru berkaitan dengan ilmu kepengakapan, dan kesemua peserta telah lulus dalam ujian ini. tahniah. Tidak lupa juga kesemua fasilitator yang dilantik, turut memberi komitment yang begitu tinggi. tahniah buat semua.
Istiadat Pagi

Khidmat Masyarakat

Pengembaraan
Malam Kebudayaan
Istiadat Menurunkan Bendera

(lain-lain gambar dalam picasa)

JAMBORI SEMPADAN MALAYSIA-THAI


Pada 9-16 Julai, 26 gombak telah menghantar 2 orang wakil yang mewakili Malaysia ke Jambori Sempadan Malaysia-Thai yang diadakan di wilayah Trang,Thailand. Mereka adalah Akif dan Aisyah. Pelbagai aktiviti yang telah mereka jalani di sana, walaupun hampir setiap hari, hujan mencurah-curah membasahi bumi, hingga ke hari penutup. Tahniah buat mereka, semoga di tahun akan datang ada lagi ahli dikalangan g26 yang akan turut menyertai jambori ini, walaupun dengan ketiadaan pemimpin mereka nanti.

Sunday, June 26, 2011

PERJUMPAAN DAN ANUGERAH RAMBU

TARIKH :25 JUN 2011
TEMPAT : TMN GAJET
MASA : 0800 - 1100

AKTIVITI;
-PERSEDIAAN PERKHEMAHAN LENCANA MAJU
-BACKWOOD COOKING
-ORIENTEERING
-SIMPULAN & IKATAN
-ANUGERAH RAMBU HIJAU
(LAIN-LAIN GAMBAR... DLM PICASA)

Tuesday, June 21, 2011

PENDAKIAN GUNUNG TEBU TERENGGANU


TARIKH :3-5 JUN 2011
TEMPAT : GUNUNG TEBU, BESUT, TERENGGANU

3JUN
JAM 2200, kami berkumpul di Stesen bas Greenwood untuk menaiki bas ekspress ke Kuala Terengganu. Setelah hampir 2 jam, baru bas bertolak (hampess toll),

4JUN
Jam 0630, bas berhenti tepat di stesen bas Kuala Terengganu, pemimpin kami sudah bersedia menanti dan menyambut ketibaan kami. Selepas solat subuh di Masjid Putih, kami terus bergerak ke Jabi, Besut.
Jam 0930, tiba di Lata Belantan, kaki gunung, selepas mendaftar dan bayar permit (RM5) dan membuat persediaan terakhir, kami mula bergerak mendaki,....berita/nasib malang..kami sesattt.... selepas 1 jam baru kami menjumpai jalan untuk ke puncak.
.......sesatttt......jalan mana nak kami tuju....

Jam1630, setelah berkali-kali berhenti kerana kepenatan, akhirnya berjaya sampai dipuncak GUNUNG TEBU. kami membuat keputusan untuk bermalam dibawah batu madrasah sahaja memandangkan hanya kami sahaja yang ada di puncak ketika itu. satu lagi cabaran bagi para pendaki ialah untuk mengambil air yang berada lebih kurang 30 minit dari puncak gunung.

5JUN
Seawal jam 0600 dah bangun dah.. solat jangan lupa walau di mana kita berada. selepas sarapan, keringkan pakaian (semalam hujan) berkemas untuk turun. Jam 1000, kami memulakan langkah yang agak longlai turun dari puncak gunung, rasa syahdu pulak rasanya, tidak pasti bila lagi kita akan bertemu. Jam 1320 tiba di lata belantan, maka berakhirlah xpdc kami di Gunung Tebu, selepas ini kami akan bersantai di Kuala Terengganu sebelum pulang ke KL pada esok
hari.

(cam biase le lain-lain gambar dalam picasa le yea...)

Tuesday, May 24, 2011

JAMBORI 1BELIA 1MALAYSIA

JAMBORI 1BELIA 1MALAYSIA
TEMPAT: PUTRAJAYA
TARIKH: 27-29 MEI 2011

PENYERTAAN : 10,000 ORANG..
..G26 AKAN MENGHANTAR SERAMAI 40 + 4 ORANG. (TEAM TERAMAI DI GOMBAK)
DAN
5 BUAH BASIKAL UNTUK MEREALISASIKAN 3000 PENUNGGANG BASIKAL DI PUTRAJAYA PADA 28 MEI NANTI

Tuesday, May 17, 2011

JAMUAN KEMENANGAN & ANUGERAH RAMBU



BARU SAHAJA SEBENTAR TADI TELAH DIADAKAN JAMUAN SEMPENA KEMENANGAN PASUKAN KAWAD G26 DAN BAKAL MEWAKILI GOMBAK KE PERTANDINGAN DI PERINGKAT NEGERI PADA JUN NANTI. SEMASA JAMUAN ITU JUGA 3 ORANG TELAH DIANUGERAHKAN RAMBU PENGAKAP MUDA. TAHNIAH.
tahniah... buat habis baik...
...makan time...
..acara diluar dari jadual... berposing di Bkt Hillcrest...


..LAIN-LAIN GAMBAR DALAM PICASA YEA...

Monday, May 9, 2011

PROGRAN XPDC MURID SEKOLAH MEN NEG SEL


SERAMAI 4 ORANG AHLI PENGAKAP TELAH TERPILIH UNTUK MENGIKUTI PROGRAM XPDC ANJURAN PUSAT KOKURIKULUM NEGERI SELANGOR YANG DIADAKAN DI KEM AMPANG PECAH PADA 4-6 MEI LALU. ANTARA PROGRAM YANG DILALUKAN ADALAN BERBASIKAL, BERKAYAK, IKHTIAR HIDUP.

Thursday, April 28, 2011

JULANGKAN KEJUARAAN ANDA

Pertandingan Kawad Kaki Daerah Gombak kategori NGO pada 27 April 2011, menyaksikan sekali lagi team 26 Gombak dinobatkan sebagai Juara.....
Kejuaraan terus milik kita.
Pertandingan seterusnya pada 16 Jun nanti.... pastikan yang terbaik....
..buat habis baik....
..peneraju utama team 26Gombak...jasamu sukar dibalas....

(persiapan-persiapan terakhir sebelum bertanding)
(....kegusaran hati dan perasaan seorang ketua platun....adakah kami akan menang...)

(...wajah-wajah yang turut membantu dalam merealisasikan impian... semua ini King' 26 Gombak)

...ke arena perlawanan....buat habis baik.....

(wajah-wajah keriangan sebagai Juara..)










Monday, April 25, 2011

KAMI JOHAN KAWAD KAKI PENGAKAP 2011

MAKA TERBUKTI SUDAH.... KEJAYAAN MILIK KITA...
JOHAN LELAKI
JOHAN PEREMPUAN
KETUA PLATUN TERBAIK (L)

TAHNIAH2....
ANDA MEMANG DASYAT.....
TERUSKAN DAN TERUSKAN
PASTI KEJAYAAN MILIK KITA...

NEXT PERTANDINGAN 27 HB APRIL 2011... BUAT HABIS BAIK....