Tuesday, July 26, 2011

PERKHEMAHAN LENCANA MAJU 2011


Perkhemahan lencana Maju Pasukan 26 Gombak telah diadakan pada 22-24 Julai 2011. Pada kali ini seramai 40 ahli terlibat. terdapat kelainan sedikit dalam Perkhemahan kali iaitu, pengembaraan diadakan pada waktu petang dan berakhir lewat malam. Pengisian semasa pengembaraan mengelilingi Taman Seri Gombak, selain daripada terdapat beberapa stesen yang bertujuan untuk pembelajaran, samada simpulan, ikatan, anduh dan sebagainya. terdapat juga aktiviti kemasyarakatan iaitu kesemua peserta perkhemahan membuat khidmat masyarakat membersihkan kawasan persekitaran masjid di Taman Seri Gombak.
Kesimpulan daripada perkhemahan ini, semua peserta mendapat banyak input baru berkaitan dengan ilmu kepengakapan, dan kesemua peserta telah lulus dalam ujian ini. tahniah. Tidak lupa juga kesemua fasilitator yang dilantik, turut memberi komitment yang begitu tinggi. tahniah buat semua.
Istiadat Pagi

Khidmat Masyarakat

Pengembaraan
Malam Kebudayaan
Istiadat Menurunkan Bendera

(lain-lain gambar dalam picasa)

JAMBORI SEMPADAN MALAYSIA-THAI


Pada 9-16 Julai, 26 gombak telah menghantar 2 orang wakil yang mewakili Malaysia ke Jambori Sempadan Malaysia-Thai yang diadakan di wilayah Trang,Thailand. Mereka adalah Akif dan Aisyah. Pelbagai aktiviti yang telah mereka jalani di sana, walaupun hampir setiap hari, hujan mencurah-curah membasahi bumi, hingga ke hari penutup. Tahniah buat mereka, semoga di tahun akan datang ada lagi ahli dikalangan g26 yang akan turut menyertai jambori ini, walaupun dengan ketiadaan pemimpin mereka nanti.