Tuesday, October 16, 2012

PERMBERITAHUAN

PERKHEMAHAN LENCANA KEMAJUAN (MAJU JAYA) 2012

TARIKH : 2-4 NOV 2012
TEMPAT : KEM LOLO, HULU LANGAT
JUMLAH PESERTA TERHAD (30 ORG SHJ)
SILA DAPATKAN BORANG DI BILIK GERAKAN BP

Sunday, October 7, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN 2012

Walaupun bilangan ahli yang hadir tidak begitu ramai, namun, majlis tetap meriah dengan pelbagai acara, termasuklah acara persembahan daripada setiap tingkatan, sukaneka dan acara yang dinanti-nantikan saban tahun iaitu acara cabutan bertuah.
...wajah-wajah ceria...

..barisan pemimpin yang hadir...

Dengan bayaran RM2, yang dikenakan, ahli-ahli dapat makan sepuas-puasnya dan membawa pelbagai hadiah yang menarik, tahniah kepada ahli-ahli yang hadir dan menceriakan majlis, begitu juga jutaan terima kasih kepada j/k yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini. Sehingga kita jumpa lagi di tahun hadapan.



 ..games...



 ketua troop 2012




Wednesday, October 3, 2012

Pemberitahuan Jamuan Pengakap G26

Tarikh : 7 Oktober 2012
Masa : 8:00 pagi -12:30 tengah hari
Tempat : Kantin SMK Hillcrest

Pesanan : Sila pakai uniform lengkap

Monday, May 21, 2012

KEMPORI GOMBAK 2012

KEMPORI PENGAKAP 2012, TELAH MENEMPA SEJARAH BARU DI DAERAH GOMBAK DENGAN PENYERTAAN YANG TERAMAI  IAITU MELEBIHI 1000 ORANG. TAHNIAH BUAT SEMUA. TAHNIAH JUGA BUAT HELPES DARIPADA G26 YANG TURUT MEMBANTU DIBAHAGIAN MASAKAN.
 SEBAHAGIAN DARIPADA PESERTA KEMPORI PENGAKAP 2012
 VVIP...
 HELPES YANG MEMBANTU ...TERIMA KASIH
 MENUNGGU UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI (PAINT BALL)


SEBAHAGIAN DRP KONTIGEN G26


Tuesday, April 3, 2012

KEMPORI PENGAKAP DAERAH GOMBAK 2012

PERHATIAN UNTUK SEMUA:
Penyertaan untuk mengikuti kempori Gombak telah ditutup.
penyertaan Kumpulan 26 Gombak setakat ini seramai 69 orang (tidak termasuk urusetia).

Monday, March 19, 2012

PERJUMPAAN KALI KE 3 2012

TARIKH : 3 MAC 2012
MASA : 1200 - 1400
TEMPAT : KEM PENGAKAP TMN GAJET

AKTIVITI:
- ISTIADAT
- ORIENTEERING
- IKATAN/MINI GAJET
- MEMANJAT POKOK
- BACKWOOD
- BBQ
- ANDUH
 ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA


 DOA
 AKTIVITI BERMULA: 
ANDUH
 ORIENTEERING.... ADA JUGAK YANG TERSESAT...

 PANJAT POKOK. AHLI PENGAKAP MESTI TAU MCM MANE UTK PANJAT POKOK..

 BACKWOOD


 ANUGERAH LENCANA TERTINGGI... TAHNIAH 

ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA... PERJUMPAAN DITANGGUHKAN

Monday, February 20, 2012

Perjumpaan Kali Ke 2

Pada pagi 18 Feb (Sabtu) telah diadakan perjumpaan rasmi G26 buat kali ke2 bagi tahun 2012. Kehadiran ahli dalam perjumpaan kali ini agak kurang mengembirakan. Walau bagaimanapun, sekiranya dibandingkan dengan unit-unit yang lain, kehadiran G26 adalah antara yang teramai.
 tabik hormat memohon kebenarann untuk istiadat menaikkan bendera

 bacaan doa

 anugerah rambu pengakap muda (rambu disulam sendiri oleh peserta)

 sesi pembelajaran bermula

 ...simpul ape tuu???..

 ..asas kawad kaki..


(persediaan menghadapi ujian pengakap raja)


Perjumpaan dimulakan dengan mengambil kedatangan ahli dan diikuti dengan istiadat menaikkan bendera.
Semasa istiadat tersebut, anugerah Rambu Pengakap Muda telah disampaikan oleh Pemimpin Bertugas kepada ahli yang layak, syabas diucapkan. Antara aktiviti yang sempat dijalankan adalah:
- mempelajari ilmu simpulan dan ikatan mengikut skim masing-masing
- asas kawad kaki
- asas kawad tongkat
- persediaan pengakap ke ujian pentarafan pengakap raja
perjumpaan tamat jam 1100, manakala perjumpaan bakal pengakap raja berakhir pada jam 1800

Thursday, February 16, 2012

Perjumpaan Mingguan

Tarikh :18 Feb 2012
Masa : 0800 -1000
Tempat : Kem Pengakap, Tmn Gajet

Keperluan:-
- buku log
- tali pengakap

..diharapkan semua ahli dapat menghadirkan diri..

Monday, February 13, 2012

MAKLUMAT UJIANN SIKAP PENGAKAP RAJA 2012



DISINI DISERTAKAN PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA OLEH CALON-CALON UJIAN SIKAP:

PERKHEMAHAN LENCANA KEAHLIAN 2012


Perkhemahan kali ini berjalan dengan jayanya dan telah berjaya meng"ahli"kan seramai 130 orang ahli pengakap 26 gombak yang baru. syabas buat pemimpin2, penolong2 pemimpin dan urusetia yang berkerja keras bagi merealisasikan perkhemahan ini. Walaubagimanapun sebuah kamera milik G26 telah ter"hilang", jadi semua gambar untuk dokumentasi tidak dapat disiarkan. Diharapkan sesiapa yang tersimpan kamera tersebut agar memulangkannya, kerana ia adalah hak milik Pengakap G26.

Program seterusnya selepas ini ialah, Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Selangor, dan ahli2 G26 sahja yg akan mewakili Gombak ke Ujian tersebut, (manale kumpulan2 lain). Buat yang terbaik..

Tuesday, February 7, 2012

PERKHEMAHAN/KURSUS LENCANA KEAHLIAN

TARIKH : 11-12 FEB. 2012
TEMPAT ; KEM PENGAKAP, TAMAN GAJET SMKHC.

Malkuman : terbuka kepada semua ahli baru G26. sila buat pengesahan penyertaan pada/sebelum 9 Feb 2012. Sehubungan dengan itu satu perjumpaan akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 9 FEB. 2012
TEMPAT : KANTIN SMKHC
MASA : SELEPAS REHAT PELAJAR SESI PETANG

harap maklum.

Wednesday, February 1, 2012

PERJUMPAAN MESYUARAT AGUNG 2012

TARIKH :1 FEB 2012
JAM 1230-1330

AGENDA : 1. PENGANUGERAHAN RAMBU KUNING KEPADA MEREKA YANG LAYAK
2. PENYERAHAN WATIKAH LANTIKAN KEPADA MAJLIS TERTINGGI DAN
PERLANTIKAN KETUA TROOP 2012





GAMBAR YANG LAIN SILA KE PICASA.

Monday, January 30, 2012

PROGRAM 26 GOMBAK 2012

1. 1 FEB - MESYUARAT AGONG 26 GOMBAK
2. 11-12 FEB -PERKHEMAHAN LENCANA KEAHLIAN
3. 11-12 FEB - PERKHEMAHAN LENCANA JAYADIRI
4. 24-26 FEB- PERKHEMAHAN LENCANA EKSPEDISI (GUNUNG NUANG)
5. MAC - PERKHEMAHAN LENCANA MAJU/JAYA
6. APRIL - PERKHEMAHAN LENCANA USAHA

(....AKTIVITI LAIN AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN...)