Monday, February 20, 2012

Perjumpaan Kali Ke 2

Pada pagi 18 Feb (Sabtu) telah diadakan perjumpaan rasmi G26 buat kali ke2 bagi tahun 2012. Kehadiran ahli dalam perjumpaan kali ini agak kurang mengembirakan. Walau bagaimanapun, sekiranya dibandingkan dengan unit-unit yang lain, kehadiran G26 adalah antara yang teramai.
 tabik hormat memohon kebenarann untuk istiadat menaikkan bendera

 bacaan doa

 anugerah rambu pengakap muda (rambu disulam sendiri oleh peserta)

 sesi pembelajaran bermula

 ...simpul ape tuu???..

 ..asas kawad kaki..


(persediaan menghadapi ujian pengakap raja)


Perjumpaan dimulakan dengan mengambil kedatangan ahli dan diikuti dengan istiadat menaikkan bendera.
Semasa istiadat tersebut, anugerah Rambu Pengakap Muda telah disampaikan oleh Pemimpin Bertugas kepada ahli yang layak, syabas diucapkan. Antara aktiviti yang sempat dijalankan adalah:
- mempelajari ilmu simpulan dan ikatan mengikut skim masing-masing
- asas kawad kaki
- asas kawad tongkat
- persediaan pengakap ke ujian pentarafan pengakap raja
perjumpaan tamat jam 1100, manakala perjumpaan bakal pengakap raja berakhir pada jam 1800

No comments:

Post a Comment